Saturday, July 10, 2010

Perlu ke belajar CPR????

secara umumnya masih ramai orang di malaysia masih kurang mengetahui ilmu berkaitan CPR.ini disebabkan kurangnye pendedahan di peringkat awal. atau ketika di sekolah rendah. kalau kita tengok di negara membangun seperti di jepun pada usia seawal kanak-kanak lagi mereka dah diajar semua perkara yang berkaitan kecemasan termasuklah CPR. ini kerana juga faktor di negara tersebut yang mana rakyat itu sendiri dapat bertindak ketika kecemasan sebelum bantuan tiba dan ini dpt mengurangkan risiko kematian jika sesuatu perkara yang buruk berlaku.

kalau kita tengok banyak kebaikan yang kita dpt kalau kita belajar CPR .bagi aku x rugi kalau kita belajar sbb kebanyakan orang yang kita sayang seperti ibu, ayah,isteri ,anak kita adakalanya kita tak dapat lindungi semuanya dalam satu masa. ada pepatah yang berbunyi "malang tak berbau".

ada kalanye berlaku kes-kes kecemasan yang melibatkan pernafasan seperti tercekik dan lemas. jadi tak mustahil benda2 macam nie boleh berlaku kat orang yang kita sayang.kalau la kita ada ilmu sikit tentang cpr dan sebagainya.risiko sesuatu perkara yang terjadi tue dapat dikurangkan sebelum datangnya bantuan.



P/s: ilmu yang kita belajar hari nie adalah untuk kegunaan masa depan

koleksi gambar unik!!!





























kenapa aku suke berenang???

ko reti berenang ker??? itulah persoalan pertama yang akan orang tanya kalau aku cakap hobi aku berenang.ckp pasal berenang nie aku teringat balik mase 10 tahun lepas dimana waktu tue aku berada di darjah tiga. time tue adalah fisrt time aku mandi sungai.perasaan first time mandi sungai memang teruja.memang la dalam hati ader perasaan takot sebab tak tau berenang tapi kalau dah hari2 mandi sungai x kan tak reti berenang lagi. start daripada tue lah hobi aku berenang kat sungai.
basikal hebat !!

aktiviti lepas balik sekolah

sungai dulu & kini masih spt dulu


terjun ke sungai !!


jambatan mc donald kampungku..


geng mandi parit..

kat sungai tue la aku membesar bersama-sama ikan yang setiap hari ditangkap oleh orang kampung. kalu time padi potong tue air sungai mesti dah surut. so time tue la aku dan rakan termasuk adik beradik aku tender sepanjang sungai tue, berbekalkan 1 plastik beras sbb nak isi ikan. banyak kenangan time kecik yang aku ak boleh lupe antaranye:

1) mandi sungai time habis sekolah agama/ponteng kelas
2) tangkap ikan time cuti sekolah
3) kena sebat sebab mandi sungai

so skrg sume tue menjadi kenangan time kecik2 dulu..skrg dh beso...nak mandi pon dah tak best..tak sama mcm kita mandi time kecik2 dulu dengan member2 lain.

kawasan menangkap ikan

p/s :tempat yang sama adakalanya memberi suasana yang berbeza
masa merubah segalanya.

AKU&kOLAM RENANG...

kringgggg......(alamak dh lambat la pulak nak pg kursus pg nie)..
lupe la pulak pagi nie aku ader kursus renang
(water safety and drawning management)..
dengan mata yg ngantuk+ badan pon berat.aku pon bersiap-siap, nasib baek la beg dh packing awal2 malam tadi..kalo x kelam kabut la nak cari sume benda2 penting pagi2 tue..x de keje aku...
lokasi kolam renang pon x la jauh sangat.kat uitm jer..

sampai jer kat depan pintu pagar uitm dh kena block dengan security uitm..(alamak pak guard buat road block la pulak)..asal hari cuti nie lak diorang nak wat sekatan kat pintu masuk u nie....fuh naseb baek dapat lepas..apelah malang aku hari nie..bgn lambat+kena tahan guard+letrik plak blackout..adehh..pagi yang spoil..

ok cerita sket pasal aktiviti aku hari nie..sebenarnye hari nie aku kena pergi kursus water safety management..ape bende nye kursus nie yer??..sbnrnye kursus nie yg aku pegi nie adalah kursus lifeguard yang mana semua penyelamat kelemasan diajar cara2 untuk menangani sesuatu keadaan kecemasan yang melibatkan mangsa yang lemas atau buat2 lemas..berat tol tugas yang dipikul...sbb semua nye melibatkan nyawa

pagi 2 kena la dengar intro ttg cara-cara penyelamat kelemasan yang bertugas menyelamatkan mangsa lemas. taklimat diberi oleh En suhaimi dari balai bomba dan penyelamat daerah kelang..bercerita sket tentang beliau(en suhaimi). beliau adalah salah seorang anggota daripada skuad penyelam yang mana sangat berpengalaman luas dalam operasi menyelamat di laut ..antara operasi yang disertai melibatkan semua kemalangan di laut.pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam menyertai operasi menyelamat...mmg berpengalam luas la...

habis jer taklimat semua kena la turun kolam...mak aii sejuk nye air..pagi2 pagi dah kena turun kolam...(ok...sume buat warm up..100 meter..alamak malasnye nak berenang 100 meter ..dh la lama x turun kolam...rase kekok kot...tp lepas warm up sume ok jer walaupun tercungap gak la..
hari nie sume diajar cara- cara nak melepaskan diri dari mangsa yang lemas..ala biasela orang yang lemas nie mesti panik..sbb tue la semua penyelamat mesti bijak mengatur kayuhan ..kalo x nanti kita skali yang lemas..sudah..nak selamat orang kita plak yang lemas..


habis jer taklimat sume kena buat underwater dive...atau lebih senang menyelam..x der la jauh sangat 25 lima meter jer menyelam...mak ai sanggup ker tahan nafas tue..alhamdulillah semua peserta termasuk la lifeguard perempuan ..hebat gak diorang tue yer...bagi aku kalo kita gunakan teknik pernafasan yang betul ditambah dengan cara yang betul tak mustahil sume boleh lepas..bagi aku untuk menjadi seorang penyelamat yang bagus at least kita kena terapung..sbb kalo kita x terapung macam mana kita nak selamatkan orang kan.


sepanjang hari nie aku dapat banyak pengalaman tentang cara2 menyelamat mangsa yang lemas.bermula daripada teknik sampai la praktikal sumenye dapat dipraktikkan dalam kursus nie.walaupun tangan sume kecut..tp aku tak kesah sume tue..

kursus berakhir pada waktu ptg..aku tgk sume dh menggigil sejuk+ x pakai baju...mmg rase nak terkencing ader gak hehehe....sebelum balik ader sesi mengenyangkan perut. aku pantang betol la kalo ader sesi macam nie..(pantang jumpe)..apalagi makan la lepas aktiviti...mmg best la..dh la pagi x sarapan terus terjun kolam..nasi berlaukkan ayam +sayur+air sirap mmg terbaek dr kolam renang la...

sepanjang aktiviti nie apa yang aku dapat ialah
1) Teknik menyelamat ketika kecemasan
2) keselamatan yang dititikberatkan sebagai lifeguard
3) persediaan sebelum kursus di Pulau Tioman
3) pengalaman yang tak boleh dibeli di mana2 spt di Up town..

tggu post aku yang seterusnya
Scuba Diving di Pulau Tioman.

Tuesday, July 6, 2010

Rumah panjang pertama gunakan solar hibrid

tahukah anda rumah panjang yang pertama yang menggunakan solar hibrid. rumah panjang tersebut ialah sebuah rumah panjang yang terletak di pedalaman negeri sarawak. Lokasi rumah panjang disini memang terpencil, so memang sesuai la tempat nie gunakan kaedah nie. nama rumah panjang yang guna sistem nie ialah rumah panjang krapa spak.

Penggunaan teknik solar ini digunakan kerana faktor pedalaman yg memang sukar utk tenaga elektrik disalur.sistem tenaga solar nie akan ditukar ke tenaga elektrik dan dapat menampung keperluan semua penduduk di rumah panjang krapa spak.kos penjagaan sistem nie mmg sangat murah .sistem nie dibangunkan oleh IBC SOLAR TEKNIK SDN BHD.


sistem tenaga solar nie bernilai 4.5 juta yang mana dpt menampung semua 43 buah rumah di rumah panjang krapa spak dan dianggar penduduk di kampung tersebut adalah seramai 450 orang..Pembangunan sistem nie sedikit sebanyak dapat meningkatkan taraf kehidupan masyarakat di rumah panjang krapa spak di mana sebelum tenaga elektrik disalur ke rumah panjang tersebut penduduk lebih gemar tidur awal kerana ketiadaan elektik dan hanya bergantung dengan pelita minyak.

p/s: kita yang kat semenanjung senang2 jer nak dptkan elentrik.takyah susah2 nak guna solar ..kira beruntunglah kita nie yer...