Saturday, July 10, 2010

Perlu ke belajar CPR????

secara umumnya masih ramai orang di malaysia masih kurang mengetahui ilmu berkaitan CPR.ini disebabkan kurangnye pendedahan di peringkat awal. atau ketika di sekolah rendah. kalau kita tengok di negara membangun seperti di jepun pada usia seawal kanak-kanak lagi mereka dah diajar semua perkara yang berkaitan kecemasan termasuklah CPR. ini kerana juga faktor di negara tersebut yang mana rakyat itu sendiri dapat bertindak ketika kecemasan sebelum bantuan tiba dan ini dpt mengurangkan risiko kematian jika sesuatu perkara yang buruk berlaku.

kalau kita tengok banyak kebaikan yang kita dpt kalau kita belajar CPR .bagi aku x rugi kalau kita belajar sbb kebanyakan orang yang kita sayang seperti ibu, ayah,isteri ,anak kita adakalanya kita tak dapat lindungi semuanya dalam satu masa. ada pepatah yang berbunyi "malang tak berbau".

ada kalanye berlaku kes-kes kecemasan yang melibatkan pernafasan seperti tercekik dan lemas. jadi tak mustahil benda2 macam nie boleh berlaku kat orang yang kita sayang.kalau la kita ada ilmu sikit tentang cpr dan sebagainya.risiko sesuatu perkara yang terjadi tue dapat dikurangkan sebelum datangnya bantuan.



P/s: ilmu yang kita belajar hari nie adalah untuk kegunaan masa depan

No comments:

Post a Comment